Syukur...pertamanya kerana aku diantara yg terawal mendapat Iqamah,tak sampai sebulan dan keduanya dijemput menjadi tetamu Allah...tak dapat dibayangkan apabila pertama kali melihat Kaabah,MasyaAllah....AllahuAkbar!Maka bab perasaan ni takleh nak crita panjang...yg dijemput pasti merasainya...nilah diantara kelebihan berada di bumi ambia..setiap hujung minggu boleh buat Umrah dan ziarah..terserah pada individu.Kursus disediakan di Dakwah Centre,seberang jalan,tak jauh dari Apartment Alhasoon,kediaman pilihan rakyat Malaysia di Jubail.nak murah naik bas hanya sr80 jer...tak lama sangat 14 jam perjalanan jer...tapi kerana semangat dan penuh keterujaan,bab letih tak rasa langsung.Andaikata nak cepat naik flight,sr800 gi balik..2 jam sampai Jeddah dari Dammam..pun ok jugak..Didoakan semoga keluarga dan sahabat2 "dijemput" suatu hari nanti.Pada Mafa and de geng yg dah bulat dan tekad nak Hijrah ke Saudi..giliran anda pasti tiba,InsyaAllah

bersama Charma(Instrumen Yambu)di Masjid Nabawi,Madinah..selepas solat Jumaat...sampai jugok hajat nok jumpa member lama ni...ex Bp..


Maqam Ibrahim.(Selepas selesai Tawaf andai diberi ruang,solat sunat dibelakangnya.)


kawasan Raudah dlm Masjid Nabawi

Hotel2 mewah berdekatan Masjidil Haram..


Mat Shah...ex VCM

Joe selepas Tahallul...gondol yg lebih afdal bagi lelaki..ex BASF


zusfaizal aka Weng...geng serumah ex BASF..menuju ke Masjidil Haram


Pembimbing Umrah,Ustaz Alwi,Ulama Indonesia yg menjadi tenaga pengajar di Pusat Dakwah sedang memberi taklimat terakhir sebelum bertolak.

kursus umrah di bilik kuliah Umar Alkhattab di Dakwah Centre.Geng2 MTBE pun ada termasuk Cupin.Edisi khas Malaysia dan Indonesia.